Mudahkan tugas di dapur dan berikan rasa masakan seperti chef
Cara mudah menggoreng ayam, makanan laut dan sebagainya, lazimnya adalah dengan gaulkan bahan berkenaan bersama kunyit dan garam. Bagi yang ingin mengubah selera ada kala tepung serba guna dijadikan sebagai pilihan alternatif.
Lebih meyakinkan kami apabila hotel bertaraf lima bintang menjadi pelanggan korporat pertama yang mempercayai kualiti dan rasa menakjubkan tepung ini," Faizah Jamaludin, Ketua Pegawai Pemasaran Interstellar Resourcers
Justeru, mengelakkan pembaziran ramai suka menikmati makanan segera di luar berbanding memasak sendiri di rumah. Alasan lain, sukar mendapat tepung serba guna yang sama sedap dengan masakan di luar.
Menyedari keperluan itu, satu inovasi masakan terbaru dihasilkan oleh usahawan Bumiputera bagi memudah, menyedapkan dan mempelbagaikan resipi anda.
Inovasi tepung serba guna
Inovasi dihasilkan itu adalah tepung serba guna yang boleh di aplikasi untuk semua jenis bahan tidak kira kering atau basah. Produk dikenali sebagai Tepung Magik dan dikeluarkan oleh Interstellar Resourcers dengan pelbagai kegunaan dalam apa saja jenis masakan.
Produk dihasilkan usahawan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interstellar Resourcers, Khairul Akmal Kharis, 43, sangat fleksibel, memudahkan tugas di dapur dan pada masa sama, memberikan rasa seperti masakan seorang chef.
Beliau yang juga pengusaha cendawan berkata, produk berkenaan terhasil apabila memikirkan tiada satu pun tepung sesuai yang boleh menggoreng cendawan dengan sedap.
“Selalunya, cendawan yang digoreng mudah lembik, tidak garing dan berminyak selepas beberapa jam. Ramai menggemari cendawan goreng, tetapi untuk memperoleh benar-benar sedap dan rangup, agak sukar. Lalu, saya pun cuba menghasilkan tepung sesuai bagi menggoreng cendawan. Saya dapati, industri makanan cendawan goreng begitu laku dan digemari ramai orang,” katanya ketika di temui di Meru, Klang, baru-baru ini.
Hampir tiga tahun penyelidikan
Mengimbas usahanya, Khairul berkata banyak penyelidikan dilakukan termasuk bertemu dengan chef bagi mendapatkan nasihat, testimoni masakan dan sebagainya bagi memastikan hasrat itu tercapai. Usaha sedikit rumit memandangkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan teknologi makanan, sebaliknya dalam bidang pemasaran.
Katanya, tujuh tahun bergelumang dalam industri tanaman cendawan dan pada masa sama, sibuk menghasilkan formula tepung serba guna itu. Selepas banyak kali gagal dan 27 bulan mencuba, melakukan standard prosedur (SOP) serta meningkatkan kualiti rasa tepung berkenaan, akhirnya ia berjaya dihasilkan.
Kelebihan Tepung Magik
“Magik daripada perkataan ini boleh diketahui ketika anda berasa masakan yang dihasilkan daripada tepung ini. Bagi yang menggoreng cendawan, rasa rangup itu kekal berjam-jam lamanya, tidak berminyak dan tidak cepat lembik.
“Menggoreng menggunakan tepung ini akan membuatkan anda berpuas hati kerana kerana kerangupannya boleh bertahan sehingga lapan jam. Tepung ini sangat berguna dan boleh di aplikasi untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan tanpa berlaku pembaziran,” katanya.
Hadir sama rakan perniagaannya iaitu, Ketua Pegawai Pemasaran, Faizah Jamaludin.
Khairul memberitahu, awal pengenalan tepung ini dipromosi melalui pameran. Sambutannya memberangsangkan dan ramai yang sanggup beratur panjang untuk membeli cendawan goreng berkali-kali dalam sehari.
“Lebih meyakinkan kami apabila hotel bertaraf lima bintang menjadi pelanggan korporat pertama yang mempercayai kualiti dan rasa menakjubkan tepung ini,” katanya yang kini menjalankan perniagaan ini sepenuhnya.
Jualan memberangsangkan
Tambahnya, konsep penjualan Tepung Magik adalah ekslusif menerusi online. Pelanggan yang menempah stok, boleh mendapatkannya menerusi Facebook ataupun pengedar dan ejen yang dilantik di seluruh negara.
Sementara, Faizah berkata, tepung ini boleh digunakan untuk kegunaan masakan lain selain cendawan dan ayam, malah tanpa perlu diajar atau diberi resipi baru, anda pasti akan jadi seorang yang kreatif dalam masakan.
“Ada pelanggan menjadikan tepung ini sebagai bahan penambah rasa dalam telur goreng, buat durian goreng, sayur goreng, tempe goreng, cucur udang dan pelbagai lagi. Ajaibnya lagi, mereka yang selama ini tidak suka makan sayur pun boleh mengubah selera dengan menikmati sayur goreng ini dengan menggunakan Tepung Magik.
“Ada juga yang menjadikan lebihan tepung ini sebagai keropok atau rempeyek, bahkan umpan memancing pun boleh. Kadang-kala kita sendiri tidak terfikir resipi itu dan mereka boleh hasilkan dengan sedap,” katanya.
Sesuai wanita bekerjaya
Wanita berkerjaya yang mempunyai masa terhad amat bagus menggunakan tepung ini. Mudah digunakan, pantas dan dalam sekelip mata hidangan boleh tersedia untuk keluarga serta sesuai untuk suami yang ingin membantu isteri di dapur.
Produk ini sudah dipasarkan di Singapura, Paris dan New Zealand serta bakal menjengah ke Ireland tidak lama lagi.
“Kami memerlukan lebih banyak ejen dan pengedar. Bagi yang ingin menceburi perniagaan ini boleh berhubung di talian 017-6372810 (Khairul) dan saya, 019-2529889 atau emelkan ke tepungmagik@gmail.com,” katanya.
INFO: Tepung Magik
* Tepung serba guna yang mudah, cepat dan boleh dipelbagaikan resipi.
* Harga antara RM8 hingga RM10.
* Dilengkapi dengan cara memasak dan resipi pada paket.
0 comments:
Post a Comment