CHEF ROSS CLEMENT, PROGRAM BAKERI
"Saya sudah hampir setahun lebih bertugas di akademi Sugarcraft ini. Dan sepanjang menjadi tenaga pengajar di sini, saya melihat prestasi yang ditonjolkan oleh para pelajar sangat positif. Malah ada di kalangan mereka yang cukup berbakat. Apabila belajar di sini, mereka dibekalkan dengan teknik terbaik yang mampu menyerlahkan potensi yang ada. Ini kerana akademi ini menyediakan sistem pembelajaran yang berorientasikan sukatan pelajaran yang dikehendaki oleh City & Guilds United Kingdom. Bukan itu sahaja, External City & Guilds Diploma yang dikeluarkan oleh Sugarcraft diiktiraf di serata dunia. Sukatan pelajaran yang disediakan untuk akademi ini juga diformulasikan oleh saya dan Chef Elisabeth berdasarkan keperluan City & Guilds.
Kami juga menyediakan tenaga pengajar tempatan yang pernah berkhidmat di hotel- hotel bertaraf lima bintang. Ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat pilihan sama ada mahu bekerja di hotel atau bakeri berdasarkan perkongsian ilmu oleh tenaga pengajar mengenai realiti sebenar dunia kulinari. Saya sendiri memberikan tip dan ilmu yang saya miliki selama 32 tahun terlibat dalam dunia pastri kepada para pelajar. Itulah yang membezakan Sugarcraft berbanding kolej-kolej lain.
CHEF AHMAD NAZRI MOHD YUSOFF, PROGRAM SENI KULINARI
Sugarcraft merupakan sebuah akademi kemahiran dan mempunyai tenaga pengajar yang berilmu dan berpengalaman. Justeru para pelajar dapat mempelajari seni kemahiran yang diperoleh daripada barisan chef-chef di sini yang setanding chef-chef di hotel lima bintang.
Sepanjang bertugas di sini, saya melihat prestasi pelajar begitu positif.
Malah akademi ini juga mengeluarkan graduan yang berjaya dalam bidang kulinari dan bakeri serta mampu bersaing di dunia kerjaya dengan menempatkan diri mereka di hotel-hotel lima bintang dan di luar negara. Ini sejajar dengan bentuk pembelajaran yang diguna pakai di akademi ini iaitu sistem kelas selama lima hari seminggu iaitu Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Selain itu tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman di dalam bidang yang diceburi juga memudahkan proses pembelajaran teori dan praktikal mengikut tempoh masa yang dikehendaki. Malah kami juga ada menghantar para pelajar ke sesi demo masakan di luar
untuk menggalakkan pelajar mendekati dan menimba ilmu dengan chef-chef profesional.
Para pelajar yang mengikuti kursus di akademi ini juga dilihat amat berminat dan mendapat dorongan sepenuhnya daripada keluarga. Ini kerana pendedahan yang diterima mengenai dunia kulinari yang semakin berkembang luas serta penawaran pekerjaan yang banyak menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pilihan
0 comments:
Post a Comment