Bookmarks
Archive
-
▼
2013
(13)
-
▼
March
(13)
- Hidangan siput bakar tempurung tidak jemu dinikmati
- Chef Mamu popularkan masakan Malaysia di Rusia
- Masak nasi bawah tanah
- fazley juara masterchef selebriti malaysia
- Festival makanan Malaysia di New Delhi
- Memasak dalam masa lima minit
- Chef Shah sajikan masakan untuk selebriti
- Tepung Magik pelbagaikan resipi
- Makanan sihat
- Cuba sajian Itali
- Sugarcraft baking & culinary academy tampilkan che...
- belajar teknik memasak
- Pencarian Chef Selebriti BH musim kedua bermula
-
▼
March
(13)
Categories
- article 1 (1)
- article 10 (1)
- article 11 (1)
- article 12 (1)
- article 13 (1)
- article 2 (1)
- article 3 (1)
- article 4 (1)
- article 5 (1)
- article 6 (1)
- article 7 (1)
- article 8 (1)
- article 9 (1)
My Blog List
Delicious Strawberry
Blue Choclote
Pink Rolls Choclate
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Links
Search
Blog Archive
-
▼
2013
(13)
-
▼
March
(13)
- Hidangan siput bakar tempurung tidak jemu dinikmati
- Chef Mamu popularkan masakan Malaysia di Rusia
- Masak nasi bawah tanah
- fazley juara masterchef selebriti malaysia
- Festival makanan Malaysia di New Delhi
- Memasak dalam masa lima minit
- Chef Shah sajikan masakan untuk selebriti
- Tepung Magik pelbagaikan resipi
- Makanan sihat
- Cuba sajian Itali
- Sugarcraft baking & culinary academy tampilkan che...
- belajar teknik memasak
- Pencarian Chef Selebriti BH musim kedua bermula
-
▼
March
(13)
Followers
About Me
Featured Posts
Sunday, 10 March 2013
Hidangan siput bakar tempurung tidak jemu dinikmati
Published :
23:40
Author :
nuridayah ariff
GEORGETOWN - Masakan laut yang disediakan secara tradisi semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai yang ingin menikmati kesegaran semula jadi serta rasanya yang istimewa.
Di bandar raya ini, terdapat sebuah gerai yang menawarkan pelbagai jenis siput dan kerang dengan cara masakan ala kampung nelayan di Perak iaitu dibakar menggunakan tempurung.
Walaupun lokasinya agak tersembunyi namun kedai Yob Siput Bakar di Jalan Akuarium, Gelugor, berjaya menambat hati peminat makanan laut terutamanya siput dan kerang meskipun berkunjung buat kali pertama.
Pemiliknya Abdul Rahim Omar, 47, yang berasal dari Perak, berkata beliau banyak mempelajari cara masakan dan penyediaan kuah kacang istimewa serta air asam dicampur hirisan bawang daripada arwah neneknya sejak berumur 14 tahun lagi.
Beliau berkata membakar menggunakan tempurung ada rahsia tersendiri kerana apinya yang kuat dan hanya mengambil masa 10 minit untuk memastikan isi siput serta kerang tidak mengecut.
Menu yang ditawarkan di kedai Yob Siput Bakar termasuk siput sudu, siput unam, siput duri, kerang bulu dan kerang biasa yang disediakan sama ada dibakar atau direbus mengikut citarasa pelanggan.
Selain itu, turut menjadi pilihan utama pelanggan ialah sotong kangkung yang dicurah kuah kacang istimewa.
Walaupun baru beroperasi sejak tiga bulan lalu, kedai Yob Siput Bakar telahpun memiliki pelanggan setia yang berkunjung sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menikmati kesegaran siput dan kerang.
"Semakin ramai orang menikmati cara masakan bakar dan pelanggan pun semakin meningkat kerana komen dari mulut ke mulut. Satu hari saya boleh jual 20 kilogram bagi setiap jenis siput dan kerang," kata Abdul Rahim.
Yob Siput Bakar dibuka dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Ahad. Kesemua jenis menu dijual dengan harga RM5 bagi setengah kilogram.
Seorang pelanggan, Mohd Yatimi Khairy, 23, berkata beliau tidak jemu dengan hidangan di Yob Siput Bakar walaupun telah berkunjung tiga kali dan amat menggemari siput sudu bakar.
"Rasanya memang istimewa dan amat puas setiap kali makan. Siput dan kerangnya sangat segar dan cara membakar telah menerbitkan kesegaran makanan laut itu tanpa apa-apa bahan tambahan," kata pelanggan yang berasal dari Kedah itu.
Bagi Rosman Mat Said, 49, dari Pulau Pinang, masakan di Yob Siput Bakar amat berlainan kerana kebiasaannya makanan laut dimasak secara rebus dan sup.
"Sudah lebih 10 kali saya datang makan di sini bersama keluarga dan tak pernah jemu. Rasa siput dan kerang yang dibakar dengan tempurung memang lebih sedap," katanya.
Kedai Yob Siput Bakar ini turut diminati masyarakat Cina yang ingin menikmati pelbagai jenis siput dan kerang secara dibakar menggunakan tempurung.
TT Lim, 48, berkata kedai ini menjadi lokasi pilihan beliau dan isterinya, May Law, 46, ketika mengidam siput dan kerang kerana cara masakan yang unik dan kuah yang istimewa.
"Sudah tiga kali saya datang ke kedai ini dan menu kegemaran saya adalah siput sudu bakar. Ini kali pertama cara bakar dilihat di Pulau Pinang kerana yang lain ialah rebus sahaja. Saya akan bawa lebih ramai kawan dan rakan perniagaan ke sini untuk menikmati hidangan siput dan kerang istimewa ini," katanya.- Bernama
(sumber: www.sinarharian.com.my/semasa/hidangan-siput-bakar-tempurung-tidak-jemu-dinikmati-1.118223)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- article 1 (1)
- article 10 (1)
- article 11 (1)
- article 12 (1)
- article 13 (1)
- article 2 (1)
- article 3 (1)
- article 4 (1)
- article 5 (1)
- article 6 (1)
- article 7 (1)
- article 8 (1)
- article 9 (1)
Our Partners
Resources
Popular Posts
-
GEORGETOWN - Masakan laut yang disediakan secara tradisi semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai yang ingin menikmati kesegaran...
-
Antara aksi Nazri dan para pelajar di dapur kulinari. ...
-
Mudahkan tugas di dapur dan berikan rasa masakan seperti chef Cara mudah menggoreng ayam, makanan laut dan sebagainya, ...
-
TELUK KETAPANG – Pelaksanaan bengkel masakan panas yang bertujuan memberi tunjuk ajar tambahan khususnya kepada ahli Homestay Teluk Ket...
-
KUALA LUMPUR: Pertandingan memasak Pencarian Chef Selebriti BH kembali untuk musim kedua dengan memperkenalkan kategori individu dan pr...
-
Mula belajar masak ketika isteri dalam pantang Kuala Lumpur : SIAPA sangka daripada tidak pandai menanak nasi, penyanyi dan pakar mot...
-
Menu kaya khasiat berbeza setiap hari bantu si kecil cergas, pintar Seorang daripada tiga kanak-kanak di negara me...
-
Sajian yang disediakan oleh Chef De Cuisine, Shahriar Azarakhshi pernah dinikmati oleh lebih daripada 50 selebriti terkenal. PAD...
-
MOSCOW - Namanya mungkin tidak sepopular Datuk Chef Wan, tetapi peranannya dalam mempopularkan masakan Melayu di bumi Rasputin ini ...