Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Sunday, 10 March 2013

Hidangan siput bakar tempurung tidak jemu dinikmati





GEORGETOWN - Masakan laut yang disediakan secara tradisi semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai yang ingin menikmati kesegaran semula jadi serta rasanya yang istimewa.
Di bandar raya ini, terdapat sebuah gerai yang menawarkan pelbagai jenis siput dan kerang dengan cara masakan ala kampung nelayan di Perak iaitu dibakar menggunakan tempurung.
Walaupun lokasinya agak tersembunyi namun kedai Yob Siput Bakar di Jalan Akuarium, Gelugor, berjaya menambat hati peminat makanan laut terutamanya siput dan kerang meskipun berkunjung buat kali pertama.
Pemiliknya Abdul Rahim Omar, 47, yang berasal dari Perak, berkata beliau banyak mempelajari cara masakan dan penyediaan kuah kacang istimewa serta air asam dicampur hirisan bawang daripada arwah neneknya sejak berumur 14 tahun lagi.
Beliau berkata membakar menggunakan tempurung ada rahsia tersendiri kerana apinya yang kuat dan hanya mengambil masa 10 minit untuk memastikan isi siput serta kerang tidak mengecut.
Menu yang ditawarkan di kedai Yob Siput Bakar termasuk siput sudu, siput unam, siput duri, kerang bulu dan kerang biasa yang disediakan sama ada dibakar atau direbus mengikut citarasa pelanggan.

Selain itu, turut menjadi pilihan utama pelanggan ialah sotong kangkung yang dicurah kuah kacang istimewa.
Walaupun baru beroperasi sejak tiga bulan lalu, kedai Yob Siput Bakar telahpun memiliki pelanggan setia yang berkunjung sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menikmati kesegaran siput dan kerang.
"Semakin ramai orang menikmati cara masakan bakar dan pelanggan pun semakin meningkat kerana komen dari mulut ke mulut. Satu hari saya boleh jual 20 kilogram bagi setiap jenis siput dan kerang," kata Abdul Rahim.
Yob Siput Bakar dibuka dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Ahad. Kesemua jenis menu dijual dengan harga RM5 bagi setengah kilogram.
Seorang pelanggan, Mohd Yatimi Khairy, 23, berkata beliau tidak jemu dengan hidangan di Yob Siput Bakar walaupun telah berkunjung tiga kali dan amat menggemari siput sudu bakar.
"Rasanya memang istimewa dan amat puas setiap kali makan. Siput dan kerangnya sangat segar dan cara membakar telah menerbitkan kesegaran makanan laut itu tanpa apa-apa bahan tambahan," kata pelanggan yang berasal dari Kedah itu.

Bagi Rosman Mat Said, 49, dari Pulau Pinang, masakan di Yob Siput Bakar amat berlainan kerana kebiasaannya makanan laut dimasak secara rebus dan sup.
"Sudah lebih 10 kali saya datang makan di sini bersama keluarga dan tak pernah jemu. Rasa siput dan kerang yang dibakar dengan tempurung memang lebih sedap," katanya.
Kedai Yob Siput Bakar ini turut diminati masyarakat Cina yang ingin menikmati pelbagai jenis siput dan kerang secara dibakar menggunakan tempurung.
TT Lim, 48, berkata kedai ini menjadi lokasi pilihan beliau dan isterinya, May Law, 46, ketika mengidam siput dan kerang kerana cara masakan yang unik dan kuah yang istimewa.
"Sudah tiga kali saya datang ke kedai ini dan menu kegemaran saya adalah siput sudu bakar. Ini kali pertama cara bakar dilihat di Pulau Pinang kerana yang lain ialah rebus sahaja. Saya akan bawa lebih ramai kawan dan rakan perniagaan ke sini untuk menikmati hidangan siput dan kerang istimewa ini," katanya.- Bernama
(sumber:  www.sinarharian.com.my/semasa/hidangan-siput-bakar-tempurung-tidak-jemu-dinikmati-1.118223)